Melalui promosi pengurusan terbaik Program Susu Sekolah, peningkatan kesedaran kitar semula, galakan pemakanan sihat, penganjuran pertandingan digital kreatif, dan pemupukan kerjasama komuniti, kita dapat membina ekosistem sekolah yang sihat, lestari, dan berilmu.
Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di bawah bidang kuasa KPM.
Terdapat tiga pertandingan utama: Pertandingan Video Pengurusan Susu (PSS) Terbaik , Pertandingan Reka Cipta Madani , dan Pertandingan Buku Skrap Digital.
Program ini dianggarkan berlangsung dari bulan Julai sehingga Oktober. Pertandingan akan dibuka kepada semua sekolah pada bulan September. Sesi penjurian oleh JPN akan diadakan pada bulan Oktober
Pelaksanaan program melibatkan beberapa fasa: Pra-Kempen , Pelancaran , Pengukuhan Kempen melalui aktiviti di sekolah , dan Gerakan aktiviti fizikal dan digital. Taklimat kempen akan diberikan kepada wakil guru dari sekolah yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan kempen selari dengan keperluan. Sekolah akan melaksanakan pertandingan CSR ini, dan pemenang akan disenarai pendek oleh JPN
DENGAN KERJASAMA
© 2025