SOALAN LAZIM

1. Apakah objektif utama program ini dan siapakah penganjurnya?

Melalui promosi pengurusan terbaik Program Susu Sekolah, peningkatan kesedaran kitar semula, galakan pemakanan sihat, penganjuran pertandingan digital kreatif, dan pemupukan kerjasama komuniti, kita dapat membina ekosistem sekolah yang sihat, lestari, dan berilmu.

2. Sekolah manakah yang layak untuk menyertai program ini?

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di bawah bidang kuasa KPM.

3. Apakah tiga pertandingan utama yang dijalankan di bawah program ini?

Terdapat tiga pertandingan utama: Pertandingan Video Pengurusan Susu (PSS) Terbaik , Pertandingan Reka Cipta Madani , dan Pertandingan Buku Skrap Digital.

4. Bagaimanakah jadual pelaksanaan keseluruhan program ini?

Program ini dianggarkan berlangsung dari bulan Julai sehingga Oktober. Pertandingan akan dibuka kepada semua sekolah pada bulan September. Sesi penjurian oleh JPN akan diadakan pada bulan Oktober

5. Bagaimana program ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah?

Pelaksanaan program melibatkan beberapa fasa: Pra-Kempen , Pelancaran , Pengukuhan Kempen melalui aktiviti di sekolah , dan Gerakan aktiviti fizikal dan digital. Taklimat kempen akan diberikan kepada wakil guru dari sekolah yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan kempen selari dengan keperluan. Sekolah akan melaksanakan pertandingan CSR ini, dan pemenang akan disenarai pendek oleh JPN

DENGAN KERJASAMA

© 2025